Di dalam alam maya khasnya dunia blogger penuh dengan perasaan hasad dengki dan busuk hati.. Kita blogger hebat, tapi cuma di alam maya.. Realitinya kita masih lagi tidak matang.. Kita boleh menulis dan memainkan peranan seolah kita adalah seorang manusia tidak ada salah.. Di sini adalah alam maya dan bukanlah kehidupan sebenar.. Dunia maya penuh dengan lakonan yang terbaik..
Bisikkan kadang mencemarkan niat di kala rasa itu semakin lama semakin pudar akan warnanya.. Menjadi satu tompok hitam.. Dan kelamaan, semakin hitam.. Dan cukup susah dalam mencari mana ubatnya.. Mencari mana zahirnya tersembunyi batin yang menjadi pegangan.
Aku jua punyai kelemahan diri yang mana mungkin kadang membuatkan orang disekelilingku tidak senang dan terasa hati.. Aku jua punyai salah, maafkan aku..
Pada yang punyai niat, menciplak dan mencuri hasil kerja orang lain tanpa meminta kebenaran, keizinan dari sumber asal.. Dan tanpa meletakkan sebarang nota memberi credit/back link pada empunya asal.. Cubalah berubah.. Jangan ingat selamat.. Satu hari nanti pasti terbongkar..
Begitu hina dan hati yang busuk.. Begitu rakus dan tiada maruah diri.. Hanya kerana ingin mengejar traffic atau popular, sudah tiada harga diri.. Jangan ingat tiada mata yang memandang.. Jangan ingin tiada hati yang menilai.. Anda tahu siapa anda..
***
Beberapa blog yang memainkan peranan penting menjual harga diri dengan menciplak dan copy paste hasil karya orang lain tanpa memberi credit atau back link.. Merasakan diri amat tinggi sedangkan hina dan tiada maruah.. Tidak hormat pada hasil kerja orang lain.. Sudah ada nama dan popular.. Insaflah..
Pada blogger, tak salah share entry cuma letak backlink asal.. Jadi seorang yang bermaruah..