Monday, December 24, 2012

Dari Jauh




Assalamualaikum dan salam bicara..

Agak lama tidak dilakarkan berita di dalam dunia alam maya ini.. Mungkin telah lama usang hingga sendiri tidak tahu membicarakan tentang apa yang harus dipersoalkan..

Dan yang pasti aku semakin kekok di dalam menulis, semakin terasa kehilangan seolah tiada lagi yang diperkatakan..

Kita punyai pilihan.. Memilih di setiap persimpangan yang ada.. Mana satu jalan yang dituju, kelak pasti ada akan jaraknya..

Bila banyak bicara kosong tanpa ada sesuatu, menunjukkan kebodohan diri sendiri.. Kadang diam itu bukan bererti tidak mampu membicara, tapi membiarkan sesuatu menjadi reda dan tenang.. Setenang air dikali, kerana jiwaku bergelora kini..


Qistina semasa setahun.. Kini 1 tahun 6 bulan..



Monday, September 24, 2012

Cinta Itu Bukan Menjamin Kebahagian


Kadang terasa amat kasihan dan simpati pada pasangan yang hangat bercinta lamanya.. Bersumpah sehidup semati.. Bercinta hingga kadang terlupa jodoh itu adalah rahsia Allah.. Bercinta seolah olah perancangan terjadi mengikut kemahuan sendiri.. Namun bila sebuah perhubungan itu tidak menjadi mengikut apa yang dirancangkan.. Jodoh itu tiada..



Friday, September 7, 2012

Bercinta Selepas Menikah, Punyai Banyak Dugaan - Part 1

Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan, kerana disebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan.. Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan, kerana tidak mustahil disebaliknya sedang menanti diakhirnya penderitaan dan kesengsaraan
Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kamu cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.. Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kamu gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.. Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku..