
Ingatan kita pada seseorang yang pernah membahagiakan kita amat susah untuk kita lepaskan kan.. Merasakan perpisahan itu baru semalam saja berlaku.. Dan selalu saja wajahnya terdampar di mana mana..
Andai dapat ku ubah masa berlalu.. Takkan sanggup ku berpaling darimu.. Kamu biarkan ku lemas tanpa jawapan.. Biarkan aku perit dan sengsara.. Tanpa kamu, siaplah aku.. Tanpa kamu gelap kelamlah jiwaku.. Sungguh kalau mampu aku undur detik itu.. Tiada detik tiada saat ku tidak merindui kamu.. Wajahku senyum sedangkan hati ini puas menangisi ketiadaan cinta kita
Dan walau kita cuba sibukkan diri dengan pelbagal kerja.. Memberi tumpuan sepenuhnya pada kerjaya kita.. Agar hati kita akan tenang seiring untuk melupakan seseorang, namun mesti ada detik waktu mengenang sejarah berlalu.. Dan di saat itu, rasa rindu yang membuak buak datang selang seli dengan sesalan yang berlabuh...
Kadang juga, kita menambahkan hobi supaya memberi tumpuan pada diri sendiri.. Dulu masa banyak terluang dengannya.. Kini hobi baru seperti menulis blog, mengambil gambar sebagai hobi, bermain sukan seperti golf.. Tapi itu masih juga tidak dapat melupakan si dia dengan begitu sahaja.. Masih juga tewas akan diri yang sememangnya merindunya..
Ada juga kita cuba menerima orang baru di dalam hidup kita.. Agar dapat mengisi hati yang dalam kecewa.. Menerima agar tenang hati yang kesunyian.. Namun itulah kesalahan kita.. Kerana hati kita tidak sepenuhnya untuk berubah.. Dan bila hati kita masih lagi terikat dan tidak ikhlas untuk menerima orang baru, secara tidak langsung menyiksa perasaan orang baru.. Tidakkah kamu kasihan mempergunakan orang lain demi kepentingan kamu? Dan usaha kamu juga tidak berjaya untuk menghilangkan satu tatap wajah di jiwamu itu..
Kamu yang bisa membuatkan hatiku menangis.. Kamu yang ku kasih hingga titisan air mata ini.. Terima kasih pernah membuatkan diriku bahagia.. Sungguh aku tidak merelakan kamu pergi dan aku yang melangkah berlalu.. Namun aku akur ketentuanNya.. Cinta masih mekar antara kita dan aku harapkan cinta itu akan pudar agar aku tenang dan kamu bahagia dengan si dia.. Mungkin ini kata penyudah cerita tentang kita
Ada juga kita cuba ingatan kita dengan melancong atau bercuti.. Kara orang dapat tenangkan fikiran.. Tapi sedangkan tempat tempat yang kita pergi itu semakin bertambah kuatnya ingatan kita.. Mungkin pernah ada perbincangan untuk bercuti sama sama masa dahulu.. Kerana kadang bila kita di tempat asing, pasti kita terbayang alangkah baiknya dia dan aku di sini.. Mungkinkah?
Bagaimana harus kita untuk terus melupakan dia.. Sedangkan pelbagal cara dan usaha.. Dan sanggupkah kita begini sepanjang hayat kita? Akan datang pada entry yang tak tahu bila pula aku nak sambung cerita.. Tunggu ada mood je la.. huhu
cinta pertama atau yg terkandas di tgh jalan mmg susah utk dilupakan dan x mungkin kita akan dapat lupakn semua tu.yg penting hati kena kuat, jangan mudah utk toleh ke belakang lagi.kalau x, sampai bila kita akan hidup derita mcm tu..? anggap lah xde jodoh dgn dia yg sblm ni...pokoknya, atas diri kita sendiri..
ReplyDeletedugaan berselang seli dgn kekuatan....
ReplyDeleteharus mencari kekuatan untk harungi dugaan....
sabar ye....
j0m,kita sama2 kejar Cinta Illahi.....
(=
bleh lupe jap je,,pas 2 dtg balik..cam mane???
ReplyDeletetak perlu nak dilupakan setiap kenangan sbb tak mungkin akan terpadam dari ingatan cuma try utk menghadapi jer. tp aku pon tak tau cam ner nak menghadapi. menaip mmg la senang cam aku neh tp nak wat payah gegiler. :P
ReplyDeletetakkan pernah hilang.... namun akan semakin pudar andai ada pengganti yang mampu mengubat hati... namun akuilah yang telah hilang sememangnya bukan jodoh yg telah ditentukan... pasti wujud hikmah disebalik setiap kesakitan.. Insyaallah, yang akan datang pastinya jauh lenih baik dari yang telah dilepaskan dari genggaman... Yakinlah.... Ku pujuk hati ini jua....
ReplyDeletesy sgt setuju dgn I-irdelia..
ReplyDeletesbb kenangan mmg xkn dapat dilupakan.ibarat kita memaku sesuatu..paku boleh dicabutkan tapi kesan ttp masih ade...cm tu la..kn...=)
sebab kita ada satu memori...
ReplyDeletememori itu yang mengingatkan dan membuatkan kita rindu...
kecuali kalau kita lupa ingatan.. hilanglah rasa tu.. :)
ya allah...apa yg dicoretkan sama dengan apa yg saya lalui....orang yang melaluinya sahaja akan mengerti tentang deritanya rindu itu walaupun kita tau hakikatnya ia mungkin tidak akan kembali lagi....
ReplyDeletekenangan mmg sukar utk dilupakan..kenangan jugalah yg akan membuatkan kita b'tmbh kuat utk meneruskan kehidupan..
ReplyDeletebg dri aku yg telah melalui & sdg melalui saat2 getir itu, hnya kekuatan & ksbaran yg xhenti2 ku dambakan..... insyaallah, sgalanya akan trus sepi pergi dihanyutkan masa bersama aliran arus yg deras....insyaallah slpas sgalanya, kita akn bdiri sbgai seorg perwira yg gagah dlm khdupan....;)
ReplyDeleteREALITI TAK SEINDAH KHAYALAN...ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK...AMBILLAH APA YANG ALLAH PILIH...
ReplyDelete@Nouri Jamin :)
ReplyDeletetiba2 teringat kisah lama lak... huhhu.. tp, tak mungkin kerana sayang bak lirik lagu alyah 2... cinta itu unik dan misteri.. kisahlifesaya.blogspot.com
ReplyDeletememori lama !
ReplyDelete=='
kenangan memang sukar untuk dilupakan
ReplyDeleteberat untuk dipadamkan
ada ketika bila kita mengambil keputusan untuk mencari cinta baru untuk mengantikan yang hilang itu...kita sebenarnya menyiksa banyak pihak...
hati kita yang terpaksa berbohong yg kita akan cuba mencintai yg baru tapi sebenarnya masih xmampu melupakan yang lain...
orang baru yang terluka kerana mencintai insan yang ntahkan iklas mencintanya atau tidak...
di mana silapnya?
di mana kesalnya?
semua akhirnya terluka....
sangat menyentuh jiwa ... dan cinta itu masih terasa hingga kini .. betul lah ..apapun yg kita buat tak dapat nak elak dari bayangannya ...
ReplyDeletehmmm... lagi sakit kalu org yg kite sayang separuh jiwa, pegi begitu saje tanpe tinggalkan sebab dan mengapa.... salah aku ke? salah die ke? yang pasti... w/apepun doa untuknya supaya hidup dalam kesejahteraan tidak pernah dilupakan.... :)
ReplyDeletemerindu pada org yg tak sudi,,,buat ape..tp itulah yg slalu ku lakukan...humm.....:(
ReplyDelete