
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi
Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..
Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. Mana perginya anak keluarga ini yang dulunya berjanji mahu berjaya dalam hidup..
Kehidupan kita kini bukan semata mata untuk bercinta berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu.. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan kita selalu saja merungut dan mengeluh mengenang nasib akan diri kerana apa mahu kita tidak kita perolehi..
Sedarkah kita, bukan semua yang kita mahu dan inginkan menjadi milik kita.. Kerana kita punyai usaha untuk memilih dan memilik.. Namun sejauh mana kita meratap rayu untuk menjadi milik kita dan jika bukan hak kita, sampai bila bila pun takkan dapat..
Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..
Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..
Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..
mungkin benar... menanti dan berharap sesuatu yg telah pun berakhir.. mungkin ia suatuyang sia-sia.. atau mungkin ia bisa saja menjadi kenyataan akhirnya.. walau apepun, kembali ke alam nyata untuk menerima hakikat pastinya memerlukan masa... untuk sembuh dari kesakitan semalam...
ReplyDeletecinta bunga..bunga kan layu...
ReplyDeletecinta manusia.. manusia kan mati..
cinta kan allah.. cinta abadi.. membawa ke syurga hakiki ^__^
tu sume kerja Dia...redha dengan ketentuanNya..
ReplyDeleteI irdelia: kena kuatkan semngat agar hati tak goyang :)
ReplyDeleteserikandi: ya ya.. ustaz semekak ada ajar :P
chempaka: betoi tu cikgu.. huhu
x perlu mengharap pada sesuatu yg x pasti...
ReplyDeleteredha ngan ape yg ditentukan..
sabar paling penting...
--> tp kdg2 hrpn 2 muncul..cam ne??
belajar untuk menerima..walaupun sukar,walaupun pedih,kehidupan perlu diteruskan..jangan biarkan perkara2 lain mengganggu perjalanan hidup..^_^
ReplyDeletebelajat\r la untuk mnerime hakikat k'tentuan ALLAH...biapon skit..tp kite kne kuat n tabah untk harungi knyataan nie...jgn krne cinte idop jd sia2
ReplyDeletecdieyhnyee ! mmg jiwang
ReplyDeletemungkin betul ... tapi tak salah menanti orang yang kita cintai mungkin satu saat cintanya berjaya kita peroleh ..entahlah .. kadang2 penantian ini satu penyeksaan dan mungkin akan berakhir dengan kegembiraan atau mungkin diselubungi kedukaan ... Hanya Dia yang Maha Mengetahui...
ReplyDeletepenantian menyeksakan..me? masih bertatih utk melupakan dia dan cinta dulu,walaupun kadang2 ku jatuh tersungkur kerana terdaya.. :)
ReplyDeletesy terjatuh. terus terjatuh. tapi kini sy sedar dan perlu bangun utk teruskan perjuangan sendiri yg belum selesai. melupakan tidak akan pernah mudah, kerana dia pernah berkongsi jiwa :) tp untuk terus menunggu sesuatu yg tidak pasti mungkin tidak lagi..
ReplyDeletesusah mhu melupakan...klw ckp mmg sng.sy rasa hidup akan lebih bahagia tanpa cinta.Kita cuma cinta kpd Tuhan,family & kwn2.smmgnya,cinta itu melemahkan apa lagi saat kita mengetahui dia mencintai org lain dan org itu bkn lah saya...tapi kawan saya.
ReplyDeleteWah...macam2 ader. Tak salah menunggu pada pendapat aku. dalam hidup ni pun tiada apa yang pasti. cinta sudah berakhir dalam entry ni pun terlalu umum di mana akhirnya kamu letakkan? selagi belum berakhir dengan sebuah ikatan adalah tidak rugi jika terus menanti. berserah pada Allah. Jika benar dia jodoh kita mungkin ader hikmah Tuhan suruh kita tggu...renung2kan...selamat beramal...
ReplyDeletebtol..suma yg dkat entri include the comments btol..hati ney kuat just ble ade org ingtkn,then ble lupe ckit n ingt kisah dlu mulelah nk mgharap..tp bg sye,yg lpas lupekn n mulakan ctatan hdup bru..x yah knang n mgharap pd bnda yg x pasti..yg kta mpu just doakn untuk yg trbaek drpdNya :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete