Friday, September 30, 2011

Jika Itu Adalah Pilihan





Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita, dengan rasa bersyukur kerana diuji Allah SWT.. Siapalah kita menidakkan takdir buat kita

Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..



Puisi Cinta Puisi Rindu


Gambar sekadar hiasan...


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU KEPADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU..
AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAIMU...

YA MUHAIMIN..
JIKA AKU JATUH CINTA..
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADAMU...

YA ALLAH..
JIKA AKU JATUH HATI...
IZINKAN AKU MENYENTUH HATI SESEORANG YANG HATINYA BERTAUT PADAMU..
AGAR AKU TIDAK JATUH DALAM JURANG PERCINTAAN DUNIAWI...



Wednesday, September 28, 2011

Namun Aku Ingin Kamu Tahu, Aku Tak Bisa Hidup Tanpamu


Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta

Sekiranya langkah ini berlalu dan membuatkan kamu menanti, dan tertunggu tunggu.. Maafkanlah aku.. Maafkanlah daku kerana aku telah nekad.. Aku telah berazam dengan sepenuh hati.. Untuk pergi jauh dari dunia kita.. Kerana kita bukan lagi bersatu.. Kerana kita bukan lagi aku dan kamu yang dulu..

Aku ingin kamu tahu.. Walau langkahku goyang.. Walau langkahku berat.. Aku ingin ada kamu.. Aku ingin kamu tahu.. Aku perlukan kamu.. Akan namun satu hakikat.. Biarkan saja.. Relakan saja.. Walau amat aku mahu kamu di sampingku..