Perasaan yang hadir di dalam jiwa kita sering berubah dan beralih arah.. Tanpa kita sedari dan juga perasan akan perubahan yang berlaku.. Pasti akan ada merasakan hilang satu arah atau rasa..
Kita menanti tentang sesuatu yang tidak pasti~
Di dalam kehidupan kita sehariaan menempuh dengan pelbagai rintangan dan cabaran di dalam mencari satu keutuhan jiwa di dalam diri sama ada kita kuat atau mampu mencari satu hakikat.. Mencari satu keyakinan di dalam diri dalam membawa watak diri mencari perubahan demi perubahan..
Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa inginkan perubahan.. Jiwa Mukmin inginkan hari ini yang sedang dilaluinya lebih baik dari semalam.. Ibadahnya bertambah baik, akhlaknya juga bertambah baik begitu juga dengan keadaan jiwanya dan seluruh yang berkaitan dengan dirinya..Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan berubah itu lebih utama..
Masa lalu adalah sejarah yang tak mungkin akan dapat diubah ubah.. Masa sekarang ada jalan ke masa hadapan.. Sewajarnya, perbaikilah diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan..
Kadang kita rasakan cinta itu telah mati di dalam jiwa kita, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri.. Sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita.. Cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada
Secara fitrahnya, semua jiwa sama ada beriman (mukmin) atau tidak inginkan hari esok yang lebih baik dari hari ini.. Cuma tidak semua manusia yang dapat melakukan perubahan kepada keadaan yang lebih baik.. Ada yang tidak tahu apakah perubahan yang harus dilakukan dan ada yang tidak tahu titik mula untuk melakukan perubahan..
Kadang kita tidak dapat menerima teguran dari seseorang.. Kerana kita amat merasakan diri kita jauh lebih hebat dari dia.. Kerana kita punyai sikap yang sombong akan diri.. Kerana kita tetap ada ego yang makin memuncak dan semakin kita hilang akan jati diri..
Bentuk perubahan yang perlu dilakukan lebih mudah dikesan oleh kita tetapi seringkali kita gagal mengesan dimana titik mula perubahan.. Kita seringkali juga melakukan perubahan tetapi malangnya kebanyakan besar perubahan yang kita lakukan hanya tertumpu pada perubahan-perubahan kecil..
Biarlah diri kamu di tinggalkan, hati kamu dilukai dan malam kamu di kelam sunyi dengan tangis dalam hati.. Biarkan saja.. Benarkan kesedihan itu dibawa arus sedih yang bertamu dalam kabus dingin.. Kerana kesabaran itu adalah penawar pada duka.. Bersabarlah duhai hati
Tiada lagi merasakan satu rasa kini..
Aku menoleh memandang di mana letaknya mentari.. Di dalam mencari sinarnya hati.. Bila senyuman tidak semanis dulu lagi.. Bila apa yang ada kini cuma khayalan dinihari.. Menghitung dan mengira hingga suatu hari nanti.. Yang tampak jelas cumalah suramnya hati.. Hingga sampai suatu masa aku jua akan mati..
Nota:
Entry yang agak berat, lebih menyentuh tentang perubahan diri.. Di mana jiwa itu semakin lama semakin merasakan kosong tanpa ada pengisian.. Kerana diri merasakan jauh pada satu perubahan..
Nice anGah!!!
ReplyDelete@..ika itu aku.. thanks.. lama tak nampak komen :)
ReplyDeletehidup kita sntiasa berubah,kearah kebaikan or keburukan kita juga kna tntukan
ReplyDelete"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi"
ReplyDeletedown gile dgr ni angah..nk2 keluar dr mulut org yg kite tunggu selama ni.pecah hati
emm,nice post....sprt mmahami diri nie...
ReplyDeleteberubah tanpa sedar
ReplyDeletetetibe en angah mengarang cerpen kikiki
sabarla duhai hati
ReplyDeleteNice entry. Rasenye seperti inilah luahan hati yg terpendam lama dlm diri. Sedih bce entry ni.
ReplyDeleteNice entry. Rasenye seperti inilah luahan hati yg terpendam lama dlm diri. Sedih bce entry ni.
ReplyDelete