Rasa yang hadir tika setiap kenangan yang datang menjelma membuatkan kita selalu jatuh tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu bukan lagi milik kita.. Dan hari hari yang berlalu, melangkah kita dalam kegelapan menuju satu arah yang suram pada kita.. Sedang meronta mencari mana jauhnya pergi satu sinar cahaya dulu pernah kita punyai tapi kita sunyi dalam dakap sepi yang panjang..
Mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita? Andai aku sudah melupakan kamu, pasti tiada lagi rindu bertandang.. Tiada saat dalam detik tidak mengingatkan kamu.. Aku mampu lagi tersenyum seolah tiada kesalan yang ku ingat.. Pada hakikatnya amat aku dambakan kamu.. Sampai bila air mata ini berhenti mengalir....
Menyimpan kenangan itu sangat menyakitkan, apalagi jika dia tidak menjadi milik kita lagi, yang ada hanya tangis yg selalu menemani sepanjang hari.. Menginginkan pada satu harapan yang masih tertunggak untuk mengikis waktu lama untuk menghilangkan rasa cinta itu..
Kita rebah dalam angan yang tak sudah sudah, meniti peritnya perasaan yang masih tersimpan jauh di dalam jiwa.. Kita lemah dan hanyut dibuai kekecewaan yang dalam.. Masih menjadi satu siulan pada mata yang memandang, menjadi bualan pada telinga yang mendengar.. Dan mata memandang dengan rasa hiba melihat jatuhnya diri kita jauh hanyut mengharungi kepedihan keseorangan..
Terasa dihargai bila diri disayangi dan dicintai.. Walaupun kita tahu tak mgkin cinta kita bersatu bersama lagi.. Namun bahagai itu pernah seketika menjadi milik kita.. Dan kita pernah sama sama pergi jauh mencapai nikmatnya bintang berkelip di kala senja..
Saat kamu juga merasakan cinta antara kamu dan dia.. Dan nyatalah cinta yang hadir antara kamu cuma sekadar menguji dan menyakitkan.. Kerana kamu dan dia cuma bertemu untuk merasakan cinta yang membara.. Bukan untuk bersama.. Simpan saja rasa cinta itu menjadi kenangan lalu.. Doakan kebahagiaan bersama sama..
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan..
Dengar akan aku, aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana aku dan kamu punyai jalan yang berbeza.. Kerana aku dan kamu ada banyaknya kelainan.. Kamu bukan jua siapa siapa bagiku, cuma ada aku hanya sebaris kata bisu.. Buat tatapan hati yang lesu.. Namun kita adalah sama.. Kita adalah hambaNya yang banyak salah punyai rasa..
Dan kenapa kita selalu saja menyalahkan takdir pabila suatu percintaan itu putus di tengah jalan? Dan kita terasa sudah berakhirnya satu kehidupan kita, dan membiarkan diri menjadi lemah kerana cinta tidak kesampaian.. Mengapa kita terus menyalahhi orang lain setiap yang berlaku..
Dengar akan aku, baca kiasan dalam suram agar tenang selalu.. Bercerita akan coretan aku, berkongsi luahan namun pintaku, agar dinilai dan pahami apa maksudku.. Bukan nama ku minta, tapi ilmu yang baik disebar bersama agar yang derita, semakin ceria.. Agar bahagia itu terus ada.. Walau kadang sakit itu ada lukanya..
Orang tidak merasakan apa yang hati sendiri inginkan.. Kita takut akan sesuatu hinggakan kita terlupa tentang soal hati kita.. Walau kita tersenyum indah, namun sedangkan di dalam hati kita menangis kesedihan..
Seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih pada ketentuaanNya.. Kerana kita di uji dalam kehidupan ini.. Ada hikmah yang tersembunyi dalam suratan yang tersirat
klw dh putus bleh lh sya pulak nk mengorat..hehehe
ReplyDeleteYesterday remains as long as we have memories..~
ReplyDeletebila ingat kenangan2 yag pahit tu memang sakit, tapi utk melaluinya pasti jadi satu pengalamn paling berharga..
peace anGah..lame tak nyibuk sni..=)
hurm... bila ingat kenangan lama yg menyakitkan, kita jadik down..
ReplyDeletetapi everything happens for reasons..
Kenangan yang mendewasakan kita.. Hidup tanpa kenangan umpama kain kosong tanpa lukisan (=
ReplyDeletetak dapat dipadamkan semudah membinanya...
ReplyDeleteit takes times utk lupakan semua kenangan itu..memang perit.tp,life must go on..mungkin ad yg lbh baik menanti kita nti..insya Allah :)
ReplyDeletetiba2 rasa sakit hati bila baca entry nie walaupun xprnah mngalaminya..penulisan angah mmg terkesan di hati
ReplyDeletealhamdulillah..dapat jugak menjenguk ke sini hari ni... :)
ReplyDeleteperit sungguh bila kenangan lama mula datang dan mendera perasaan ini...
ReplyDelete* Menjiwang lagi di sini :)
@NoorAtika MohdAzali lama menghilang? huhu
ReplyDelete@reenapple yap betoi tu
ReplyDelete@umie naziera erk.. yaka terima kaseh
ReplyDelete@Sunah Sakura sunah macam sakit je...
ReplyDelete@Nong Andy bukan dok jiwang dh ka? hehe
ReplyDelete@Nong Andy bukan dok jiwang dh ka? hehe
ReplyDeleteAngah.. memang dok jiwang :)
ReplyDeletemengimbau kenangan memang perit.. tapi keperitan itu 'membuah'kan hasil yang lebih baik pada akhirnya.. contohnya : penulisan yang lebih berkesan di hati :)
Ui, parah parah ...
ReplyDeleteeh kebetulan cte sal kngn
ReplyDeleteye pahit n perit
cinta adalah anugerah terindah yang Allah berikan pada kita, kadang2 cinta perlu pengorbanan, kadang2 Allah temukan kita terlebih dahulu dengan orang yang salah supaya kita lebih mengerti apa itu cinta..
ReplyDeletebersyukur dengan apa yang Allah telah berikan pada kita walaupun cinta itu hadir cuma seketika...InsyaAllah..suatu hari akan hadir juga cinta sejati
alamak panjang pulak komennya hahaha..
sedihnya cita awak sampai saya nangis...sy pn penah ada pengalaman mcm nie..smpai mgandung ank ke3 bru hilang segala penderitaan kat saya..bcerai buat saya hilang arah,masa tu pula ada org ke3 ke4..dgn suami dgn sy..tp dlm benak hati kt perempuan nie kt tau sapa jodoh kt..sy teruskan saya tau ini ujian..bru sekarang kami rujuk dan suami pn dah berubah,alhamdulillah! jgn buang terus ubati dulu jmpa ustz,"ustaz ckp jgn mengharap cinta yg tak pasti.mgkin allah jdkn ini ujian bagi kt,kmu kwen dgn org lain kmu yakin ka org tu tak buat mcm dia buat".bru sya sedar..dan brusaha..dah kwen balik nie anak pn dh nak masuk 3, baru nak rasa honeymoon mcm bcinta blik mcm dlu2,dh hehe....cuma saya nak pesan cinta tu kita yg kena buat dan kena reda,ujian...saya doakan nanti awak dapat jodoh yag baik.amin!!
ReplyDelete