Sememangnya kegagalan itu sering mencederakan jiwa kita.. Jiwa kita sakit dan terdampar kehausan kasih yang hilang.. Jiwa kita pedih di dalam kekecewaan antara cinta yang malang.. Membuatkan kita terus hanyut di dalam kealpaan hingga kini..
Hati kita terluka dan meninggalkan bekas terlalu lama.. Bahkan ada ketikanya, ujian hidup yang dilalui terasa begitu berat dan diluar kemampuan hingga kita kehilangan pendirian dan arah tuju.. Melihat akan kepayahan diri, memberi suram pada jati dan kita masih lagi begini.. Hilang di dalam samar ertinya kehidupan..
Namun apa yang pasti, hati kita terkesan dengan alunan cinta yang hadir..
"Bila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.. Bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan..Kerana sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.. Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam.."
Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita.. Sedangkan halal bagimu, tiada langsung tatap akan rasa..
Kerana kita adalah manusia, menyedari kesalahan merindui dan menyintai tanpa batas membuatkan kita semakin tersepit dengan nada dosa.. Melepasi akan hakikat yang sebenar.. Sedangkan berpisah itu sudah nyata.. Namun kerana ego dan masih tidak berpijak di dunia yang sebenar, kita terus menzalimi jiwa kita merindui dan menyintai seseorang yang bukan lagi menjadi halal pada kita..Aku merindui pada getaran warna sinar matamu,Aku dambakan bauan jatuhnya debu debu dari suaramu,Melihat akan bahasa akan tubuhmu, aku menyayangimu..Sungguh sekarang, engkau mengajar aku erti derita merinduimu..
Perasaan rindu dan menyintai, apa yang kita pahami sendirian, tidak dapat kita tahan dan menyekat dari terus mekar.. Namun kita punyai kewarasan akal yang ada.. Kita tahu menilai.. Kita mengerti akan bahana.. Mengapa harus menyiksa jiwa kita dengan kepalsuan realiti..
Bangun dan sedarilah..
Rinduilah pada yang sudi.. Yang menjadi satu kisah dalam hati.. Bukan merindui pada bukan empunyai hak..
Cukup sudah..
Memberi kasih cinta pada insan yang tinggalkan kita, tidak menghargai kita.. Sedangkan kita bodoh dan meninggalkan insan yang menyintai kita..
tentang kesudahan ayat tu 'bodoh' sye tak setuju.
ReplyDeletemaksudnya bukan begitu. realiti kerinduan akan kehadiran mewarnai jiwa..
kerinduan melahirkan ketekunan mendapatkan cinta akan kebenaran dgn pegangan diri.
Kesabaran itu jiwa nurani. 'bodoh' bukan maksudnya..akal lh jwbnya.. Fikiran yg matang tahu meletakkan kebenaran cinta dimana jalan tuju kebahagian hidup kita kelak.
ini yoep lintor bercinta badan ku ngengetor
yes,tru love require no word...
ReplyDeletehonstly to say, it's so hard to control our love to her/him. it require a strong faith.
ReplyDeleteCinta,..dan kasih sayang yang pernah hadir dari lubuk hati yang paling dalam dengan keikhlasan,.. teramat susah untuk dirungkaikan dengan kata-kata apabila perasaan RINDU itu hadir...apatah lagi jika hubungan itu terputus di tengah jalan...tidak semudah itu untuk dilupakan..walau sekuat mana bibir berbicara mengatakan bahawa 'Aku kuat untuk melupakan segalanya'.. Namun hakikatnya yang paling nyata, ia tak mampu untuk dilakukan... Sungguh!! kenyataan itu dirasa kini.. biarpun sekuat mana kita cuba untuk melupakan kisah Cinta yang lalu,..jika hati terlalu mencintai dan menyayangi, tatkala nyawa bercerai dari jasadnya, tatkala itulah aku mampu untuk melupakan segala-galanya....
ReplyDeleteangah... :(
ReplyDeleteaku ingin menyintai dan merindui seorang lelaki bernama suami...kerana ada pahala dan syurga di situ...
aku takut menyintai dan merindui seorang lelaki yang belum sah menjadi suamiku...kerana ada dosa dan neraka di situ...
namun siapalah aku untuk menahan hati aku dari merindui...sekuatnya aku berusaha untuk menggagahkan hati agar tidak meluahkan...agar tidak aku membiarkan diriku hanyut sendiri dalam keindahan cinta...kerana cinta yang haq itu milik Allah...
kepada Dia juga aku meminta agar dikuatkan hati ini dan diteguhkan rasa ini...andai mana-mana lelaki itu jodoh yang Dia tentukan buat aku, maka bantulah aku untuk menyimpan rasa ini hanya untuk dia yang bakal menjadi teman hidupku dan teman akhiratku...
ameen...
@EiL LB maksud ayat di situ- mengapa kita bazirkan perasaan kita, sedangkan kita mengharap dan menyintai insan yang langsung tidak hargai kita.. Kita terlalu mengikut hawa nafsu meninggalkan dan mencari cinta orang yang tidak hargai kita.. Sedangkan ada org yang sanggup bersama kita, kita lepaskan.. tak ke bodoh?
ReplyDelete@Lavender Lassie Roses ayat yang bermakna.. setuju.. :)
ReplyDelete@Sunah Sakura Amin.. mudah mudah, sunah mendapat suami yang soleh dn menjadi isteri yang solehah jua.. Soleh di sini bukannya namanya soleh.. Dan juga tidak semestinya seorang ustaz..
ReplyDelete:)
Assalamualaikum... saya copy ayat2 nya ya.. terima kasih..
ReplyDelete@anGah
ReplyDeletekomen angah buat saya tersenyum... :) ameen...