Wednesday, December 7, 2011

Menyedari Bahawa Cinta Itu Tak Seharusnya Memiliki

Di masa dikau pergi, berlinangan airmataku mengalir.. Tanpa ada henti henti mengalir.. Tidak terungkap dengan kata kata, hanya kesakitan memberi kiasan pada erti cerita..

Di saat dikau dengan nekad melangkah pergi meninggalkan diriku.. Tanpa ada langsung akan belas, membiarkan aku termangku mangku keseorangan.. Berlinanglah air mataku tanpa henti.. Menangis aku di dalam sendu yang berlarutan.. Memberi ruang kesedihan memenuhi kesepian di dalam kekecewaa..


Jika hari ini kita tersenyum bahagia bila cinta mekar, tapi mengapa kita tidak mampu untuk terus mengukir senyuman bila cinta telah pergi? Senyumlah kerana senyuman itu penawar duka
Merasakan bahagia bersamamu amat bermakna di dalam perjalanan yang pernah kutempuhi.. Bertapa singkatnya masa itu seolah menikam aku sedikit demi sedikit dan lukanya amat terasa amat dalam.. Bertapa sukar kurasakan akan meneruskan kehidupan ini.. Bertapa aku rasakan amat kepiluan di dalam gelap walau terangnya bersuluh.. 

Langsung tiada aku menduga, perpisahan ini terjadi kerana pada cerita kisah kita pada zahirnya amat ku rasa bahagia.. Kerana ada dikau disampingku, membuatku di dalam angan yang jauh.. Tak pernahku inginkan perpisahan ini, langsung tiada di dalam kotak fikiranku..

Tidak perlu dikau memberi seribu alasan menolak kebenaran mengapa pergi meninggalkan kisah cinta kita.. Tidak perlu lagi dikau memujuk rayu memberi sebab mengapa kita perlu berpisah.. Tak perlu lagi dikau katakan mengapa ingin pergi meninggalkan diriku.. 

Tak mahu aku mendengar walau rintihan hatiku amat kuat mahu tahu mengapa? 

Dan ini kerana ku yakin mungkin semuanya itu adalah suratan.. Aku kan merelakan jika ini terbaik buatmu..

Kerana,

Di saat aku nekad untuk melepaskan semua rasa ini pergi, walau aku terasa amat terasing di dalam dunia sendiri.. Hilang di sebalik senja yang semakin larut tibanya kelam.. Aku yakini diriku, menyintai dirimu tidak seharusnya memilik dirimu..

Kerana,

Walau sekejap saja hubungan kita, dikau pernah memberi aku pengertian satu rasa bahagia.. Mekar harum semerbak namum hilang arus kekecewaan.. Mengajar aku erti cinta.. Dan mengenal apa itu dusta..

Membuatmu bahagia sepenuhnya ku menyedari bahawa cinta itu tak seharusnya memiliki
Janganlah kamu membiarkan kekecewaan atas kegagalan bercinta dan penderitaan yang kamu alami menjadi halangan bagi kamu untuk meraih kebahagiaan.. Tanpa cinta kita mampu untuk bahagia jua
Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan lahan.. Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati.. Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang membuatkan kita kosong di dalam meniti hari.. Namun apa yang tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walau kita belajar melupakannya

Namun ku akan terus selalu menyanyangi dirimu setulusnya hatiku biar menjadi bekas di dalam jiwa hingga satu saat, masa dan waktu tiada lagi akan cinta padamu
Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita dengan merelakan jiwa yang tenang..

***
Entry sayu berkisah terjadinya satu perpisahan antara sepasang kekasih.. Namun merelakan dan memujuk diri supaya kuat walau sebenarnya dirinya lemah.. Memberi kata kata semangat pada diri agar mengakui satu hakikat yang terjadi.. Berusahalah untuk melepaskan~ 

17 comments:

  1. andainya aku yg pergi mahu kah kau mencari diriku.?

    tanya lh dirimu mengapa kau anggap begitu.?

    ReplyDelete
  2. cinta yg kudambakn jua telah pergi.. semoga beroleh kebahagiaan untuknya...

    ReplyDelete
  3. tetibe rase nk krg cerpen bile bce entry ni

    ReplyDelete
  4. sedih sgt sbb sy btol2 merasakan keadaan spt tu dulu. Tp kita belajar jd tabah, kuat dan bertahan serta merelakan perpisahan tu walaupn jauh di sudut hati tu sgt2 pilu :'(

    ReplyDelete
  5. tak terlintas di hati ini untuk aku jatuh cinta lagi...tapi takdir yg menentukan, tetiba je jd man-bai...

    ReplyDelete
  6. sedih nye..sy pun takut kalau jadi macam ni antare sy dan dia T.T..tak kuat kalau dia takde...tp dia tak paham..

    ReplyDelete
  7. sedih...
    entry nie sy rasa sangat dekat dgn hati sy...

    ReplyDelete
  8. walaupun si dia pergi dari hidup kita, cuba kita fikir di sebaliknya. tgk yg trsiratnya. mungkin, Allah akan dtangkan pd kita psangan/orang yg lbih baik n yg lebih sygkan diri kita.

    ReplyDelete
  9. pernah mengalaminya dan saya telah melalui satu masa yang telah memudarkan semua cinta itu..ye,cinta itu indah..dan keindahan itu hanya untuk mereka yang menghargai =)

    ReplyDelete
  10. Walaupun kau tinggalkan aku
    namun aku tak pernah tinggalkan kau
    kau ada di sini..di dadaku,
    di hatiku... andai kau berpaling padaku.. apa pun keadaanmu. aku akan tetap menerimamu.. kerana cintamu telah pun bernyawa dalam diriku.. dlm tiap helaan nafasku.. dalam tiap degupan jatungku... hanya kau yg selalu ada.. walaupun kau telah tinggalkan aku.. aku tetap di sini menunggu mu!

    *Aku jiwang lagi heeee....

    ReplyDelete
  11. dsblik ppisahan byk hikmah dsbliknye..itulah dugaan tuhan..akn hdir yg lbih tbaik..

    ReplyDelete
  12. sakit yang amat pabila cinta yg indah di buang umpama sampah....bertahun bina...sekelip mata di hancurkan.....meninggalkan tanpa belas...berlari2 bersama cinta baru...kejam...sangat kejam...

    ReplyDelete
  13. sakit yang amat pabila cinta yg indah di buang umpama sampah....bertahun bina...sekelip mata di hancurkan.....meninggalkan tanpa belas...berlari2 bersama cinta baru...kejam...sangat kejam...

    ReplyDelete
  14. Percintaan umpama air pasang dan surut...adakala cinta itu indah dan adakala cinta itu amat menyakitkan..seperti aku skarang merasa kesakitan demi melihat si dia bahagia..walaupun percintaan kami hanya bertahan 2 bulan..tetapi aku tetap menaruh harapan padanya..aku tetap setia menantikan dirinya..aku tak sanggup melihat dia sedih,aku x sabggup melihat dia berduka..biarlah hari-harinya aku hiasi dengan senyuman walaupun diriku berada dalam kesedihan..

    ReplyDelete
  15. sebenarnye kite leka dengan cinta dunia dari cinta DIA... sebb itu kita akan diuji sekuat mana cinta kita antara di dunia ini atau cinta kepadaNYA.. di saat kite diberi cinta sesama insan jangan lupe cinta kepada DIA..itu lah kesilapan saya...

    ReplyDelete
  16. Sampai kapan
    Ku tersudut dalam kegelapan
    Ɣªήğ haus akan kasih S[α̲̅]y[α̲̅]ng
    Haus akan kepedulian

    Kapan lagi
    Akan Ku nikmati
    Belaian seorang peri
    Ɣªήğ senantiasa tercipta
    Dari goresan warna pelangi

    A̶̲̥̅̊ρ̥̥ɑ̣̣̝̇̇ salah
    Bila ku mengalah
    Menunggu waktu
    Menyambut cinta
    Ɣªήğ semestinya

    Ahh.. ªǩυ̲ lelah
    ªǩυ̲ lelah disakiti
    ªǩυ̲ letih menyakiti
    Aju lemah tersakiti
    Sungguh sulit dimengerti

    Biarlah Tuhan..
    Biarkan ªǩυ̲ bersabar
    Buat ªǩυ̲ mengerti
    Akan arti cinta Sejati
    Menyendiri.. Sampai nanti

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen