Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Dan selalunya kita tidak menduga bila datangnya satu perasaan yang digelar cinta itu hadir.. Dan ada satu tika cinta itu datang, kita langsung tidak menyedari hinggakan pada satu saat bila kita lepaskan seseorang.. Di saat itulah baru kita tahu dan sesal tiada gunanya lagi..
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam.. Dan seolah olah dunia tidak adil pada kita.. Memberi kita satu tekanan yang kita rasakan kita tidak mampu untuk ditanggung..
Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir
Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang mengoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita..
Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar.. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar.. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT
Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang telah di takdirkan keatas diri kita, apa yang lebih penting adalah selayaknya sentiasa taat dan bersyukur pada apa yang telah kita miliki sedangkan kita tidak pernah meminta-minta dulu.. Semuanya telah disediakan..
Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan bertaubat itu lebih utama
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu.. Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka.. Kerana jauh mana kamu menjauhi, tetap kamu dalam kehormatanku..
Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku.. Kerana luka dalam sakit merindui itu amat letih dan sayu menyelami hari mendatang. Dan semakin lama jiwa kan lebih sayu..
Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang mengoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita..
Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNYA akan lebih menjamin dunia dan akhirat
***
Semoga berbahagia selalu My Lisa dengan pilihan hatimu.. Tahniah menjadi tunangan orang dan bakal berkahwin pada 23 Feb nanti.. Mood sedih :(
p/s: Ngada ngada.. ekeke
semoga cinta yg benar2 layak meghiasi warna merah hati :))
ReplyDeletecek angah, jgn sedih2..
kekeke
Takde maknanya angah sedih2 pasal mylisa tu...ha ha ha! buang karan tul....
ReplyDeleteKrismas ... tak balik Aloq Jangguih ka??
hahaha memula bc siyes je.. last2 gedik noh.. mylisa. hahaha~
ReplyDelete"Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan dikenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..."
ReplyDeletePesanan ini amat terkesan dalam hati ini.. Kerana membenci tidak akan sesekali, walalupun cinta itu sudah pergi..kerana kesan cinta yang terlalu dalam membuatkan kita mengenang kisah yang lalu,..maka akan mengalirlah air mata kesedihan tatkala mengingatkan cinta yang tak kesampaian.. Namun,..senyuman akan terukir bila meredhakan pemergian cinta itu dengan keikhlasan..walaupun, cinta dalam hati masih tersimpan...
~ Roszakanina ~
bila lah sy nak bercinta ni..asyik bercinta dgn buku jaaa
ReplyDeleteLepak Putrajaya je ... sambil layan blog jiwa2 yg kadang2 sentap neh. he he he. Ingat Angah balik kg ....
ReplyDeletepesan pada hati,tabahlah menanti cinta sejati..Pesan pada hati,Allah lebih mengetahui tiap satu yang terjadi..:)
ReplyDelete...Saya mohon pinjam 'quote' owner blog Jiwa-Jiwa yer..ade buat link skali..kerana tertarik dengan 'quote' tu.. boleh lihat disini...
ReplyDeletehttp://pena-hati-roszakanina.blogspot.com/2011/12/pesan-pada-hati.html
terbaik... sebak rase.. huuuu
ReplyDeleteKata-kata yang jujur , nice post .. Sedikit sebanyak terkena kat diri gua sendiri entri ni :)
ReplyDeleteP/s : semua sedih lisa nak kawen dah ea? Haha
aik da wat popup windows
ReplyDeleteJauhnya cinta, jauhnya bahagia
ReplyDeleteLelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana
#wany ardy
bukan semua yang kita nak kita dapat..
biarkanlah lara itu pergi..
percayalah kebahagiaan yang seterusnya kan kunjung tiba. InsyaAllah.
patutlah aku kena mcm tu kemarin..knpe xbgth terus terang..adeh, dh tersilap org bg ayt cinta..maafkn sye..
ReplyDelete@Iffah Afeefah erk.. sebelm ni takde ke
ReplyDeletehuhu
@EiL LB pe kes ni? huhu
ReplyDeletesudah gaharu cendana pula, dh tau ditanya-tanya pulak..huhuhu..kekadang ayt-ayt cinta ni mcm-mcm.. tu sbb cinta tu buta.. maafkn sye silap bg ayt cinta kat org lain.. adeh terkena teman..
ReplyDelete