Kehidupan ini kadang kita rasakan tidak adil pada kita.. Kadang kita rasakan apa yang terjadi pada perjalanan kehidupan ini amat menyesakkan dada hinggakan saban hari kita mengeluh panjang mengapa hal ini terjadi.. Merasakan amat susah di dalam membuat keputusan setiap pilihan yang ada..
Jangan tanya lagi, kerana hati ini sudah tiada jawapan.. Mengenangkan peristiwa lalu membuatkan kita terus mengelamun.. Masih di dalam kenangan lama yang membuatkan kita semakin di dalam khayal..
Dan masih lagi tersimpan setiap satu persoalan namun jawapannya bagaikan menepuk tangan sebelah.. Amat sukar untuk meramalkan sesuatu yang tempatnya didalam hati.. Dan amat sukar untuk difahami jika hatinya menyimpan rapi tentang rasa dan kisah.. Sebuah kisah yang mendamba rasa cinta yang dipendamkan..
Apakah salah yang telah dirasakan kini terus dibiarkan dengan tanpa tanya? Membiarkan persoalan dan jawapan yang tidak selari dengan rasa..
Apakah salah minda yang meneka di dalam bertapa jauhnya jarak antara kita? Mencari sesuatu dimana rasa yang telah hilang itu ada.. Sedangkan aku punya naluri yang merasakan getaran jiwamu..
Adakah rasa ini juga dari rasa cintamu? Mendengar degupan jantungku ini berdegup kencang saat aku mengingatimu.. Di antara indahnya sinar mata ini sering melihat keindahan cinta darimu..
Kita tetap manusia.. Kita ada adalah hambaNya.. Dimana kita memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwa jiwa agar diri kita mengenal erti takut dan tunduk.. Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.. Agar kita kenal erti taat dan patuh.. Kerana taat itulah beza antara iman kita.. Kerana patuh itulah tuntutan rohani jiwa kita..
ermmm kenapa
ReplyDeletekenapa dan kenapa
selalu kite tertanye2
owh belaian jiwa....
ReplyDeleteblog angah dah cantik! lama sy tak jenguk sini. hu hu
ReplyDeletenice entri.. :') terbaek la.. ^^y
ReplyDeletetak tahu macam mn nak nyatakan apa yg di rasa..
ReplyDeletehurmmm.. aku pun ada banyak persoalan tentang cinta.
ReplyDeletesampaikan persoalan tu membuatkan aku daa hilang perasaann untuk bercinta lagi.. =(
Tak pasti mn salah nya..Tiap kali nak berubah x pnah d beri peluang..
ReplyDeletejgn tunjuk orang lain..tunding diri sendiri dulu
ReplyDeleteSelagi tak 'lepaskannya' selagi itu kita terus mencari-cari dimana salahnya... mana silapnya! kenapa sampai jadi macam ni..?
ReplyDelete*aku terus mencari-cari.. apakah salahku .. di manakah silapnya. kenapa idea tak kunjung tiba..
npe menepuk tangan sebelah? bkn ke menepuk sblah tangan?...
ReplyDelete#just cakap :D
cta yg berlalu n sudah trjadi, just become a history in our life. kita boleh kenang, but, we can't do anything to turn back the time. just jadi pngajaran n teladan dlm mnghdapi masa2 akan dtg.
ReplyDeleteminta copy boleh?
ReplyDelete