Friday, November 4, 2011

Kerana bila kamu sudah pergi, kata-kata itu tidak ada erti lagi




Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu dalam mencintaimu.. Kerana aku takut, jika satu hari nanti kamu sudah tiada di sisiku.. Pasti aku kan selalu kecewa dan terluka..

Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu berharap.. Kerana jika suatu hari nanti, tiada jodoh pada hubungan cinta kita.. Pasti aku akan selalu derita.. Pasti aku akan terasa kehilangan..

Kerana aku takut aku kehilanganmu, pasti keadaan itu membuat aku menangis.. Pasti akan airmataku tiada henti mengalir.. Walau mampu sembunyikan kesedihan itu, hatiku pasti akan selalu jua menangis..

Jika hati ini selalu ada kamu.. Selagi aku masih sayangkan dirimu.. Selagi masih ada lagi rasa cinta ini.. Kan selalu aku, katakan tentang perasaan sayang rindu yang aku rasa.. Selagi masih ada waktu, izinkanlah hari ini kamu tahu bertapa aku menyayangi kamu..

Kerana bila kamu sudah pergi, kata-kata itu tidak ada erti lagi..


Duhai belahan hati,
Cintailah dia secara diam, agar ia semakin manis penuh keindahan setelah pernikahan.. Kerana itu menjamin agar hatiku selalu tenang.. Andai suatu hari nanti, antara aku dan dia tidak berjanjikan jodoh.. Tidak jua aku terus di sakiti dengan mainan rasaku sendiri..

Duhai belahan jiwa,
Bukan tiada cinta.. Bukan tiada sayang.. Bukan kerana aku takut.. Cuma aku berpesan pada hati, agar aku menyintainya secara bersahaja.. Kerana jika tiada jodoh antara kami, jiwa dan hati tidaklah begitu parah..

" Ya ALLAH.. Andai Telah Ditakdirkan Dia Jodohku, Maka Aku Terima Dia Seadanya.. Tatkala jodoh kami belum menyapa jagalah hati hati kami dari gundah dan resah, jadikanlh kami pasangan yang beriman, bertakwa serta beramal soleh.. Sesungguhnya Ya ALLAH.. Engkau Maha Pencipta.. Pemilik Cinta.. Nyawa dan Jiwa kami "


Bercintalah bersahaja.. Belajar mengenal erti kesakitan terlebih dahulu.. Agar suatu hari nanti jika sememangnya ditakdirkan si dia bukan jodohmu, tidaklah begitu kecewa berpanjangan..


21 comments:

  1. wahhh .rasa sedih pulak baca entry nihh ~ waaaa :'(

    ReplyDelete
  2. @s u a r a h e a R t yngade ngade.. huhu.. kan dah ade tu kat side bar.. huhu

    ReplyDelete
  3. @Lyssa Faizureen erkk.. retis komen.. ada lagi entry lgi sedih...

    ReplyDelete
  4. "bercinta sajalah.." ya! aku paling suka ayat tu hehehe...

    ReplyDelete
  5. thanks angah....sejuk hati dengan entri ni...

    ReplyDelete
  6. misz u to someone by bawang

    ReplyDelete
  7. duhai hati, duhai belahan jiwa... huhuhuhu.. bagus pesanan niyh.. skrg ini la yg penting, skrg di zamn 23 ++++ .. bkn mase utk brcinta sakan sebelum kawen.. takut merana hati.. tQ angah

    ReplyDelete
  8. bercintalah secara sederhana
    iya!
    suka!

    ReplyDelete
  9. salam kenal :)

    rasa terharu baca dan teringat kisah lalu :(

    ReplyDelete
  10. andai cinta itu pergi.hapah sekupang pun dah tak guna...

    :)

    tapi hidup belum berakhir...

    kamon lah.. bangun ajak kawan2 lepak minum tehtarik :)

    ReplyDelete
  11. aku suka dengan catatan ini..sungguh bersahaja..tapi amat bermakna..kerana hati ini telah terluka yang teramat sgt. kerana terlalu menyintai. dia yg telah meninggalkanku tanpa rela. akan dtg...tidak akan lg kuturut sgt rasa hati...
    kerana..jika dia bukan jodohnya..maka...aku kena redha...

    ReplyDelete
  12. saya suka coretan blog ni,penuh makna n tersentuh hati anis baca ni blog seakan2 kena d hati huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen