Thursday, November 3, 2011

Kasih, Andai Kamu Mengerti


Duhai kasih, pahamilah gerak gayaku.. Pandanglah padaku.. Lihatlah ke dalam mataku.. Hingga ketemui sinar lirikan.. Dan mengertilah.. Pahamilah.. Ada cinta di dalam jiwaku.. Ada cinta yang tersekat sekat.. Kerana aku tidak lagi mampu luahkan..

Pernahkah merasakan satu keadaan yang amat menghimpit rasa tika berhadapan dengan orang yang kita sayangi.. Dan mungkin cinta itu juga bersemi bersama sama.. Melihat tawanya.. Melihat senyumannya.. Memandang lirikan matanya.. Indah.. Di dalam gelora jiwa..

Sungguh aku telah kehilangan kata kata.. Mengzahirkan apa itu batinku.. Aku ingin berputus asa.. Tapi aku tidak mahu duniaku tanpa ada kamu..


Tidak terluah dengan kata kata, apa yang terasa itu hanya di pendamkan tanpa membicarakan bahasa cinta.. Membiarkan diri menjadi santapan bisu.. Lemah.. Dan terus terkulai pabila hanya memandang dengan diam yang panjang..

Pernahkah jua merasakan cemburu yang kuat di dalam jiwa.. Merasakan begitu dinginya rasa hati ini.. Ya.. Dingin dan sakit.. Melihat gelak tawanya.. Bersama dengan insan lain.. Melihat dirinya, beramah mesra dengan teman istimewa mungkin? Sunggut terasa cemburu dan pedih..

Walaupun hanya memendamkan rasa.. Walau tidak dicintai olehnya.. Aku amat bersyukur kerana ketemui dirinya

Merasakan diri amat kerdil dan hina.. Merasakan diri amat terasa sayu dan sepi.. Merasakan diri tidak bermaya dan gelisah.. Kerana memendam rasa hati, tanpa ada bicara meluahkan.. Andainya dia tahu..

Tidakkah dia memahami? Tidakkah dia mengerti? Tidak tahukah dia menilai? 

Mungkin ada.. Mungkin tiada..

Aku hanya inginkan kamu tahu.. Kadang cinta tidak terluah dengan kata kata.. Tapi dengan cara bahasa diriku.. 

11 comments:

  1. yaaa..walau hanya memendam rasa,aku amat bersyukur dpt bertemu dengannya..dpt mengabiskan masa bersama walau hanya sekadr teman biasa

    ReplyDelete
  2. kadang..cinta tak seharusnya memiliki...

    ReplyDelete
  3. huhu touching tul!!


    p/s : encik angah tak balik aloq jangguih ka??

    ReplyDelete
  4. "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
    tapi betol jugak,mencintai x semestisnya harus memiliki.cukup utk lihat dirinya bahagia..aite?

    ReplyDelete
  5. bagaimanakah menzahirkan batin dengan kata-kata?

    mungkin tiada bahasa yang mampu....


    " dey.. tutup lampu..cepat2 masuk selimut la dey nak zahirkan batin."

    laaaaarrrikkkk....

    ReplyDelete
  6. em....kisah haty tak dapat di ungkap dengan kata2... memg betul cinta tak sume leh dimiliki... tapi kepuasan cinta boleh dimiliki setelah kite mendoakan die dengan pasangannye bahagia..... 2 la cinta yang sebenar yang tidak pernah memakse sape2 unk menyanyangi....

    ReplyDelete
  7. cinta
    selalu mempunyai caranya yang tersendiri
    kadang memberi getar
    kadang mengukir pedih
    berharap esok
    ruang dan waktu kembali
    berpihak kepada kamu,kamu dan kamu :)

    encik angah,salam hati :)

    ReplyDelete
  8. Susahnya pendamkan cinta. Pendamkan perasaan.. sukarnya cinta sebelah pihak.. kalaulah kau tahu hatiku..

    * ini memang blog jiwa-jiwa.. sebab buat aku jadi jiwang dengan n3-n3nya :)

    ReplyDelete
  9. yup..sempena hr rye aidiladha..ingn ucpkan mohn maaf dan silap..to selena gomey by sailormarz

    ReplyDelete
  10. cinta itu boleh muncul tanpa kita sedari...dan cinta itu juga boleh pergi tanpa kita duga..

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen