Friday, October 14, 2011

SYURGA RUMAHTANGGA




SYURGA RUMAHTANGGA
Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk... Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah...
berbuahlah rahmah



Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!


Nota:
Puisi indah ini bukan hasil nukilan dari saya.. Tak tahu sumber aslinya sebab ada terjumpa dekat satu blog tu, tp bukan dia punya juga.. Sekadar berkongsi

Blog pilihan Cik Pulau
Blog pilihan reenaple

5 comments:

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen