Di dalam kehidupan ini kita sering salah di dalam menilai tentang hati seseorang pada kita.. Kita sering sangkakan itulah sebenar benarnya hanya mengikut apa yang kita sendiri mentafsir sendiri.. Mengikut kemahuan apa yang kita ingin..
Kita bukan bijak pandai dapat menyelami hati seseorang dan mendalami apa rasanya..
Mungkin , kita boleh buat dia ketawa.. Mungkin kita selalu membuatnya tersenyum suka.. Dan kita selalu menenangkan jiwa yang resah.. Namun, kita tak tahu apa makna senyumannya.. Dan pabila air mata yang mengalir itu, kita selalu ada di sisinya namun mungkin pada hakikat sebenar kehadiran kita sedikit pun tak menyenangkan hatinya..
Bila kita putus cinta, kita akan menjadi terlalu benci pada manusia yang pernah mendampingi dan pernah hadir dalam hidup kita.. Kerana bagi kita, dia telah pudarkan yakin kita pada warna cinta itu sendiri.. Kita merasakan bahawa kita telah pun di butakan oleh cinta yang tiada penghujungnya dan kita meratap akan luka kuat di dalam dada.
Dalam mengejar erti cinta sejati, sering kita salah menilai.. Kadang kita katakan itulah cinta kita yang sejati.. Kadang kita salahkan bila tiada cinta bersemi.. Siapa yang salah? Cintakah yang salah? Atau kekurang diri kita sendiri yang salah meletakkan erti sebuah nilai cinta itu..
Amat beruntunglah pada pasangan yang saling menyintai dan bersama selamanya hingga akhir hayat.. Bukan semua dapat merasakan.. Kadang bercinta bertahun lamanya.. Namun tiada jodoh.. Ada juga cerita bahagia sebelum berkahwin.. Namun setelah bermula episod perkahwinan namun, hancur di tengah jalan..
Amat beruntunglah pada pasangan yang saling menyintai dan bersama selamanya hingga akhir hayat.. Bukan semua dapat merasakan.. Kadang bercinta bertahun lamanya.. Namun tiada jodoh.. Ada juga cerita bahagia sebelum berkahwin.. Namun setelah bermula episod perkahwinan namun, hancur di tengah jalan..
"Sungguh aku sendiri masih mencari ertinya.. Kerana aku sendiri masih belum dapat selami.. Bukan niatku angkuh untuk bicara tentang cinta seolah aku amat pakar dan sempurna.. Namun aku jua dalam mencari butanya cinta akan nilai ertinya.."
sayangi diri kita biar lebih dari kita menyayangi diri insan lain....yang merasa kita dan yang terasa pon kita....
ReplyDeleteuhukkk. sedang mencari cinta yang hadir secara tiba2. )':
ReplyDeletesaya baru tolak seseorangg .. tapi saya sedar yg dea amat bermakna dalam hidup saya ..syukur masih panjang jodoh saya dan dea :)
ReplyDeletewahh..nak tengok blog pilihn tu..
ReplyDeleteentry kali neh sukaa lahh. tetiba terasa diri ini kerdil jer membicarakan tentang hati padahal apa yang aku bagi kat pasangan tak mampu lagi nak melawan apa yg dia pernah bagi kat akuu. :')
ReplyDeletetercari-cari... hati kini kian terguris. bahagianya si dia bersama insan baru. alangkah bahagia, kiranya memori itu mempunyai butang PADAM.
ReplyDeletehargai lah insan yang mencintai anda... huhuw.. tetiba hati rasa sayu plak baca entry ne..
ReplyDeletefahami bebetul erti "menghargai"..
ReplyDeletekadang hati silap menilai..
kadang mata silap memandang..
kadang lidah silap menutur kata..
tetibe je nyibuk sni..
rindu ika x??ngeh3
dlam mksud entri ne hehe
ReplyDeletecinta tidak buta..hanya manusia tidak pernah memahami erti cinta itulah yang buta
ReplyDeletecinta... ssuatu yg m'bhagiakn n mmeritkan spa yg alaminya
ReplyDeletehati itu jauh letaknya dengan pelbagai rasa cinta, suka dan airmata.. walau kita boleh mendengar dengus nafasnya.. tapi belum tentu kita boleh baca bisikan hatinya... cinta itu amat jauh untuk diperolehi tika hati x rela lagi ia kembali... kadang2 hati buat mata terus tertutup untuk menerima dan memandang sebarang kebaikan seseorang...
ReplyDelete*** saya baru ternampak blog pilihan itu...thanks angah..:)
kekasihku di menara by u.k's
ReplyDelete