Tuesday, October 18, 2011

Dan Pergi Dari Tatapan Bisu





Jika masih ada ruang di dalam lubuk hati,
Merasakan satu ketenangan yang dicari,
Mana lagi hendak aku mendalami,
Jauh sudah aku selami,
Puas jua aku hayati,

Aku masih lagi begini.



Jika masih lagi aku ternanti nanti,
Di mana letakkan keutuhan hati,
Di dalam aku merasakan apa yang telah hilang,
Yang aku sangkakan itu milikku,
Dalam aku tenggelam,

Aku masih lagi begini.
Melihat dan mendengar,
Di dalam kepayahan diri,
Memaksa akan sesuatu agar,
Hati masih lagi pahit akan rasa,
Walau berkali kali ku cuba,

Aku masih jua begini.

Mana hilangnya terang di sebalik kelam?
Mana cahaya menyuluh arah?
Mana jejak yang semakin suram?
Tiada akan satu pautan.
Hanyut hingga mati.
Biar saja.
Biarkan saja.
Hingga reput

Itu cuma satu suara
Yang tiada waras akan akalnya
Itu cuma satu jasad
Yang masih tiada imannya

Pulanglah
Bangunlah

Dan pergi dari tatapan bisu



Nota
Mencuba publish menggunakan apa kebenda pun aku tak tau. Ada dalam android ni
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

  1. Sewaktu dekat masa itu, kita jarang merebut akan nilai yang ada. Apabila ia sudah terlewat, kita tidak lagi dapat mengejar. Lalu yang menjadi rugi adalah diri.

    ReplyDelete
  2. menarik2 angah. nadh suka. weee~~

    p/s : Nadh pakai software tu jugak

    ReplyDelete
  3. hehehe...sory cik angah...kalo entry saya nmpk mcm counter entry cik angah balik...takde niat pun sebenarnya...hehehe...just menulis meluahkan isi hati...maaf jika ada tersinggung...

    ReplyDelete
  4. wahh. terer angah tulis puisi :)

    ReplyDelete
  5. chewah, bermadah lah die

    ~ http://sindiketeksotik.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. sungguh hati itu bisu
    jika dibiarkan sendirian
    kawankan hati mu
    dengan nilai kecintaan menuju Tuhan =]

    ReplyDelete
  7. Pakai blogger droid gak.

    Alhamdulillah best taip hehe

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen