Wednesday, September 14, 2011

Mana Jauh Aku Pergi, Kamu Tetap Kesayanganku







Dalam bingkisan suratan, mencari erti kehidupan masih ada yang terlupa di mana sedang berpijak.. Masih dalam angan yang tak sudah sudah.. Dikaulah kehidupanku.. Sakit kamu, sakit aku.. Mana pergi aku, kamu di sisi.. Namun siapa masih ada..

Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita.. Sedangkan halal bagimu, tiada langsung tatap akan rasa..



Aku melihatmu sebagai cahaya yang dapat menyuluh akan suramnya.. Akan gelapnya jalan jalan berliku di dalam hidupku.. Agar jalanku ada.. Agar jalanku terang.. Membuka ruang untuk terus melangkah..

Benarkah itu cinta pabila ada satu rasa.. Atau kita yang diperdaya oleh rajuk dan rayu sang pencerita.. Kehinaan di hias hingga mempersonakan.. Memberikan kata seolah tiada lagi indahnya cinta.. Kesementaraan dinampakkan kekal hinggakan segala yang busuk terbau harum.. Segala yang keji ternampak indah.. 


"Jika masih ada akan suara suara.. Percayalah dengan kata kata.. Itu adalah satu nokhtah akan cerita cinta kita"


Aku merindui pada getaran warna sinar matamu,
Aku dambakan bauan jatuhnya debu debu dari suaramu,
Melihat akan bahasa akan tubuhmu, aku menyayangimu..
Sungguh sekarang, engkau mengajar aku erti derita merinduimu


Dan berpisah kita cuma mati.. Itulah keramat janjiku..

10 comments:

  1. perghhhh !! tu dia punya 'bahasa kadang kadang menemui keterbatasan atau mengalami penyempitan makna sehingga jemari kita terasa kaku dan beku untuk mengungkapkan makna..' hahaha . .

    ReplyDelete
  2. @s u a r a h e a R t yhaha.. otak semakin membeku da.. huhu.. takde feel.. lapaq.. haha

    ReplyDelete
  3. dulu angah ni budak sains or sastera?....suke baca entry2 belog jiwa-jiwa ni..

    ReplyDelete
  4. bleh jadi penulis novel ni @ pengkarya puisi...:)

    ReplyDelete
  5. dulu sains ke sastera angah? tangkap jiwa ni

    ReplyDelete
  6. hampa dok buat gila.. haha.. lek lek sudahh huhu

    ReplyDelete
  7. ada lagu di setiap gambr by lisa surihari

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen