Wednesday, September 7, 2011

Lelaki Itu Masih Ada





"Kekuatan sebenar manusia terletak pada hatinya.. Semakin kuat hatinya, semakin kuatlah dirinya"

Jika dia namanya lelaki yang bijak sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.. Walau di usik hatinya di dalam mendampingi wanita itu.. Lelaki itu akan menjaga maruah dan kehormatan dirinya sendiri.. Dan masa yang sama, kehormatan dan maruah wanita itu turut dijaga.. Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi..

Jika masih tinggi lagi maruah yang diangkat tinggi.. Lelaki itu takkan goyah dan terasa dirinya terancam walau di sering kali dipersoalkan siapa wanita bertuah yang sudi bersama samanya.. Walau dirinya keseorang tanpa teman yang masih tiada tahu keadaan dirinya.. Dirinya sunyi.. Dirinya sepi.. Tapi lelaki itu, punyai kesabaran.. Punyai kesedaran.. Kerana dia tahu menjaga kehormatan dirinya..

Kadang kala kita tidak menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat pabila kita telah kehilangannya.. Dan kadang kala kita juga tidak menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya



Siapa yang menjadi halal padanya, akan terjawap.. Kerana lelaki yang bijak.. Kerana lelaki yang penuh dengan sifat sabar.. Kerana dia jika dia seorang yang taat.. Akan terjawap pabila akad itu berlaku.. Pabila segengam tangan bersilih.. Dan menjadi sah..

Dan tika itulah, "aku terima nikahnya...." maka terserahlah satu lagi tanggungjawab yang besar.. Di dalam mendidik dan menjaga.. Di dalam menjadi pemimpin yang semakin kuat di uji..



Semoga di permudahkan urusan lelaki lelaki yang punyai kesedaran.. Moga diperingat dan akan ada satu rasa keinsafan pada lelaki lelaki yang dayus..


5 comments:

  1. =]
    moge lelaki ini dihadiakan suri hidup yang
    mampu menjadi cinta sejati hingga
    akhir hayatnya =]

    ReplyDelete
  2. cara gentleman eh...
    but it's hard to meet type of guy like this

    ReplyDelete
  3. "Punyai kesedaran.. Kerana dia tahu menjaga kehormatan dirinya.."

    bagus kalau kesedaran tu adalah menjaga MARUAH diri.. tapi kebanyakkan lelaki bukan sgt nk jg maruah, mereka lebih nk jg EGO!
    bagusla kalau masih ada lelaki yg bermaruah :)

    ReplyDelete
  4. @Panglima Muda lama tak nampak komen bang.. huhu.. kata kata yang pedas.. huhu.. orang yng berpengalaman ni.. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen