Sunday, September 11, 2011

Duhai Bakal Suamiku

... Gambar sekadar hiasan

Benarkah itu cinta.. Kalau kita semakin keji dan hina? Benarkah itu cinta, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri? Benarkah itu cinta, kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu terdampar dipantai maksiat?

"Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan"

Duhai bakal suamiku..
Dan ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku, berdoalah pada Allah dan mohonlah hanya kepadaNya dan berusahalah kerana aku hanya insan yang tiada daya upaya dan sesungguhnya Allah pemilik nyawaku..

Duhai bakal suamiku..
Dan aku mengharapkan agar dirimu memohonlah pada Dia yang berhak.. Milikilah jiwaku keranaNya.. Dan milikilah hatiku dengan izin Allah SWT.. Dan milikilah cintaku, diriku kerana agamaNya..

"Pada disaat aku jauh darimu,aku kan selalu jaga hatiku utkmu.. Akan aku selalu menjaga hatiku buatmu"


Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.. Dan kadang kala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya

Duhai hatiku..
Namun setelah sekian lama, aku merasa lelah berharap, letih menanti sesuatu yang tidak pasti.. Kerana aku merasa diberi harapan kosong dan tak pernah kamu beri jawapan.. Membuatkan aku sendiri terdampar di lautan persoalan yang penuh dengan jawapan tak pasti..

Duhai bakal suamiku..
Di sinilah bermulanya perjalanan menuju destinasi yang tinggi dan mulia.. Dan apabila kita sedar bahawa kita perlu berubah dan sentiasa meningkatkan diri.. Inilah langkah pertama bagi menacapai apa saja bentuk kejayaan yang diimpikan.. Langkah pertama ini akan mencetuskan langkah kedua dan seterusnya..

Duhai bakal suamiku
Dan disinilah letaknya keajaiban dalam perjalanan hidup kita, hanya kita yang memulakan perjalanan ini.. Asalkan kita memilih untuk mulakannya sekarang maka perjalanan ini akan bermula dan sekiranya kita ingin berhenti maka perjalanan kita juga akan terhenti..

Duhai bakal suamiku..
Engkaulah yang akan membimbingku.. Dan engkaulah akan punyai tanggungjawap terhadap kita.. Agar engkau selalu ada kekuatan di dalam dunia kita nanti.. Akan aku selalu ada disampingmu duhai bakal suamiku


*entry ini berkisar tentang luahan seorang wanita yang menanti dengan penuh sabar siapalah yang menjadi jodoh buatnya.. Andai ada kesalahan dan kesilapan mohon agar diperbetulkan aku..
Sekadar berkongsi rasa..

Di edit dari page Andai Telah Ditakdirkan Dia Jodohku, Maka Aku Terima Dia Seadanya

12 comments:

  1. =]
    duhai suamiku..
    andai kau dengarkan ini
    sematkan dalam-dalam ke dlm jiwa mu
    agar cinta kian bersemi dr sehari ke sehari
    dengan redha-Nya =]

    ReplyDelete
  2. @aimie amalina duhai suamiku? eh dh kawen rupanya.. haha

    ReplyDelete
  3. wah..memang terbaiklah luahan hati nya...=)

    ReplyDelete
  4. "Duhai hatiku..
    Namun setelah sekian lama, aku merasa lelah berharap, letih menanti sesuatu yang tidak pasti.. Kerana aku merasa diberi harapan kosong dan tak pernah kamu beri jawapan"

    waduh..nk abiskn bc ni pun da rasa lelah..tp mmg penat menunggu kn? rasanya jodoh sy mungkin da mati la angah..tak jumpe skrg,maybe di kehidupan lain..huhu

    ReplyDelete
  5. @Lulu Caldina erkk.. retis dtg melawat.. huhu.. belanja la makan... haha

    ReplyDelete
  6. @jaY pulak... bagaimana dong? rileks sudah dong..

    ReplyDelete
  7. auni nak minta izin share kat blog auni boleh ??

    ReplyDelete
  8. duhai bakal suamiku..dengarlah luahan hatiku ini..ngee^^

    ReplyDelete
  9. Duhai bakal suamiku...
    Bimbinglah aku ke jalan yang benar
    Didiklah aku & anak-anakmu dengan jalan sabar
    Harapanku agar rumahtangga yang kita bina akan dihiasi dengan keikhlasan & kesabaran
    Aku berdoa agar bahtera rumahtangga yang kita akan layari sentiasa di bawah keredhaan Ilahi...

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen