Sunday, August 14, 2011

Siapalah yang tahu hati yang merasa?

Dalam kehidupan kita ini, sering sahaja kita salah dalam kita menduga akal kita.. Kadang kita merasakan kita amat dekat dengan seseorang hinggakan terasa bahang kasih tapi sebenar hatinya gagal kita selami.. Walaupun tercapai erat tangannya untuk kita sentuh namun tidak mampu lagi untuk kita genggam erat..



Kadang kita sudah merasakan dia dan kita punyai rasa yang sama, namun hakikat sebenarnya kita masih belum ada keserasian antara dia dan kita..

Di saat kita membuatkan hatinya yang berduka, dari raut wajahnya menangis dalam esak yang panjang.. Namun mungkin kehadiran kita hanya untuk di kala kesedihan hatinya sahaja.. Sedangkan adanya kita cuma penganti buat dirinya pada kasih yang tak sampai..



Kita membuatnya tersenyum dengan wajah yang amat kita rindu.. Namun mungkin pada hakikatnya kita adalah serpihan pelangi usang yang cuba hadir pada senja hujan.. Tiada sedikitpun menyenangkan jiwa dan perasaannya.. Cuma ada kita adalah untuk masa yang berlabuh..

Kita tidak tahu makna di sebalik senyuman yang terukir kerana kita cuma sandaran baginya.. Kerana ada kita adalah baris baris bayang dari seraut wajah yang amat dirinduinya..

Apalah yang ada pada kita sedangkan menyintainya sepenuh jiwa dan raga.. Kerana cinta, kita dibutakan mata nemberi pada yang tidah nenghargai.. Kerana cinta, amat tidak menghargai apa yang di depan mata..

Siapalah yang tahu hati yang merasa?

10 comments:

  1. tersalah sangka.. ingat wajah kita ni yg dia rindu2kan. tapi hati dia sape lah yg tahu, ada wajah lain yg dia dambakn, mmg bkn kita :(
    betol lah ayat angah tu..hati dia,dialh yg rasa. hati kite,bior kite pujuk sendiri.

    mmg ini ketentuan tuhan. bila mana tiada jodoh, apa yg kite usaha demi dia langsung tak dihargai.wujud ke diri kita ni dpn mata dia?
    sedang berusaha mengundur diri. doa yg terbaik utk dia.

    "Sedangkan adanya kita cuma penganti buat dirinya pada kasih yang tak sampai"

    ReplyDelete
  2. maafkan aku kerna mnx kau pergi selamanya
    Hanye DIA yg tahu segalanya.....

    ReplyDelete
  3. diri sendiri tahu apa ada di hati dan tuhan
    je dpt menemani.

    ReplyDelete
  4. that's right..sape yg tahu..hanyan hati yg merasainya..huhuhu

    ReplyDelete
  5. salam saya pernah komen sebelum ini, namun sekali lagi saya nyatakan bahawa anda berbakat besar sebagai penulis dlm genre sebegini. saya kagum dgn hasil nukilan anda. teruskan....

    ReplyDelete
  6. ske larh entri niy..
    wt tersedak bpew2 kli.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. @AZLIYA COLLECTION terima kaseh.. adeh.. jangan duk cakap mcm tu.. rasa segan dn janggal

    ReplyDelete
  8. cinta membuatkan aku selalu ada untuk mengusap air matamu biarpun aku sedar tiada tempat untukku di hatimu..cinta juga telah membutakan mata hatiku, membuat aku bodoh menjadi bonekamu :(

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen