Kita memandang lesu pada satu kehidupan kita.. Merasakan sunyi dan sepi setiap langkah yang di aturkan.. Berbicara tentang lukanya cinta yang sakit.. Meneliti sedikit demi sedikit perasaan yang pernah ada.. Mana kita, hati yang pernah hilang?
Tidak ada siapa yang inginkan kegagalan dan tidak ada sesiapa pun yang ingin menempuh hari baru dengan penuh kekecewaan tetapi itulah yang sering kita hadapi.. Inilah warna warni kehidupan dan kita terlalu kerdil untuk mengubah arus dan gelombang kehidupan ini tetapi kita mampu mengubah layar kehidupan kita supaya perjalanan kita tetap berlangsung walau ada saat-saatnya kita terpaksa menanti hingga ribut reda..
Kegagalan bukanlah cerita untuk kita menjadikan alasan untuk terus diam dan tersungkur.. Kekalahan yang pernah menjadi luka luka itu bukan untuk terus ditangisi.. Kekecewaan bila sesuatu tidak menjadi mengikut apa yang di hajati bukanlah satu penyebab pada diri kita untuk mengalah..
Bayangkan kehidupan tanpa warna.. Apa lagi yang ada pada kehidupan itu.. Tentu hari-hari barunya hambar dan menjemukan.. Warna- warni kehidupan inilah yang menjadikan kita matang hingga kita dapat membezakan antara kehidupan dan kematian..
Kehidupan ini adalah satu pendakian, hari hari baru datang bersama tugas dan tanggungjawab baru yang lebih besar dari semalam.. Semakin kita meningkat dewasa, tugas dan peranan kita juga akan semakin bertambah..
Kerana hidup kita bukan bercerita tentang cinta sahaja.. Bukan mengharap pada cinta sesama insan sahaja.. Terlalu asyik dengan cinta, hinggakan kita terlalu taksub akan cinta..
Yang lepas dan hilang satu warna itu, lepaskan saja jangan biarkan menjadi pahit untuk sepanjang kehidupan.. Biarlah menjadi sempadan agar hati kita selalu mengingati akan kepayahan dan kesulitan akan kehidupan jika kita terus hilang..
Yang lepas dan hilang satu warna itu, lepaskan saja jangan biarkan menjadi pahit untuk sepanjang kehidupan.. Biarlah menjadi sempadan agar hati kita selalu mengingati akan kepayahan dan kesulitan akan kehidupan jika kita terus hilang..
betul tu angh
ReplyDeletemende lepas usah dkenang
rase nympah bile nmpak org tlalu agungkan cinte mnusia y tah ke mne
@Iffah Afeefah ntah.. lapar kot kalau asyik gn cinta je.. huhu
ReplyDeleteBoleh tak izinkan saya share apa yang ada dekat blog sentuhan maya ni ? sebab semuanya menarik :)
ReplyDelete~setuju2...life must g0 on..=p
ReplyDeleteanGah 0ooo anGah..~
ReplyDeletebetuL tu angaH,, yanG lepas usah dikenaNg,, kerna ia menyakitkan,, =D
ReplyDeleteAda juga kerana cinta sesama insan menjadikan mereka lebih dekat mahu mendalami cinta Pencipta. Ini namanya Cinta Agung.
ReplyDeleteCinta Agung? ececeh yoyokepoyo je bunyinya ;)
Fakta menarik:
factor kerja sbgai seorang penganalisa mbolehkn saya membaca berpuluh-puluh blog dlm masa 15 minit sahaja. Tapi saya memerlukan lebih dari 15minit untuk mengeluarkan 1 post!
Mcm mana nk dpt idea tulis blog ye angah?
oh ok..saya da mula merapu.nampak sgt kena tido dah ni. Gudnite angah
kehidupan tu sepatutnye warna warni, bile da pudar sume mende jadik suram~
ReplyDeleteadoiiaii~ tetiba mengenang nasib diri~
@Nor Amirah E :)
ReplyDelete@Blueice Butterfly ya ya.. :)
ReplyDelete@..ika itu aku.. yo
ReplyDelete@Qia UnGu betoi :)
ReplyDelete@tonaH iS herE rileks saja.. huhu
ReplyDelete@jaY nape tak leh access acc? cam na nak jawap eh.. huhu
ReplyDeletethanks angah..saya ngah kecewa skng nie..bila baca blog angah telah membuat saya bersemangat kembali..thanks
ReplyDeletecinta pada manusia hanya sementara, cinta pada Allah adalah selama-lamanya..
ReplyDeletehttp://faeizma.blogspot.com/2011/08/beramal-dalam-10-ramadhan-terakhir.html