Friday, July 1, 2011

Cinta dalam luka

Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan..

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam..

Entah di mana sedang hati masih lagi erat mendakap erti cinta luka.. Tak ingin tatap wajah lembut dihiasi air mata.. Tak mahu terus merenung selaut wajah yang duka.. Tak ingin lagi melihat kamu menangis bersedih..

Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu..
Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka..

Kerana jauh mana kamu menjauhi, tetap kamu dalam kehormatanku.. Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku..

Kerana luka dalam sakit merindui itu amat letih dan sayu menyelami hari mendatang. Dan semakin lama jiwa kan lebih sayu..

7 comments:

  1. rasa sayu je baca ni angah... huhuhu... indah sangat tulisan ni... T_T

    ReplyDelete
  2. Meskipun tersungkur dalam kelukaan
    semoga tidak menyamarkan senyum menawan
    semoga.......

    ReplyDelete
  3. ..senyum lah wlaup0m dlm kesedihan

    http://radystory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. sejatix cinta ialah saat qta mampu tersexum kala melht or9 yg qta cinta bhagia, meski dgn yg lain

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen