Kadang hati kita selalu diduga dengan rasa berbelah bagi, menjadi serba salah mencari sesuatu keputusan.. Kerana kita takut akan kesan di atas pilihan yang ada.. Merasakan jalan persinggahan di setiap suratan itu masih ada terselit tersirat satu kenangan.. Merasakan masih ada rasa yang tertangguh dalam mencoretkan impian..
Kadang hati kita ingin keseorangan dalam menjejak mimpi yang hilang, tapi kita takut dalam merasakan sunyinya melalui jiwa yang sepi.. Ingin membelai jiwa yang dalam derita, memujuk hati mencipta imaginasi yang kita rasa kita kuat sedangkan sebenarnya kita lemah.. Dalam memujuk diri sendiri, keseorangan itu bahagia tapi sebenarnya kita tidak lagi mampu menipu hati kerana hati ini tidak mudah untuk pulih..
Kadang hati kita amat rindukan satu tatap wajah lalu yang pernah bahagiakan jiwa, tapi setenang mana hati itu bilaasih lagi merasakan kehilangan? Dan jika ada takdirnya, bertemu kembali wajah itu, kita tetap sama punyai luka yang masih berparut.. Dan cerita itu masih jua sakit walau tiada lagi peritnya..
Kadang hati kita rasakan amat dekat pada seseorang, tapi sebenarnya dirinya semakin menjauh dalam satu kisah cerita yang kita tidak tahu.. Walau setiap nafasnya mampu kita dengar, tapi hatinya tiada ruang untuk kita selami..
*selamat bercuti aku ucaPkan utk diri sendiri, mungkin seminggu di kampung.. Cuba test buat entry guna hpone.. Muahaha
Salam. tulis guna handphone pun perghh meeltup2 ...
ReplyDeleteErkk dah dapat baby baru ke? SMS la beritahu yer ..
ReplyDelete...Aty sukar di tafsir an ..trlu bnyk tersirat dari tersurat :P
ReplyDeletebest ler..
ReplyDeletememang sukar melupakan kenangan hidup,apalagi jika dah bersemi dilubuk jiwa..
ReplyDeletejalan terbaik mensyukuri apa jua yang kita miliki saat ini,
dan biarlah ia menjadi cerita terhebat hingga ke akhir hayat
lebih hebat dari kenangan lalu...