Monday, September 12, 2011

Jenaka - Abang Ingat Saya Ini Kedai Roti Ke?




Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, “Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye”.
“Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?” jawab Akob.

“Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar”, minta isteri Akob lagi.

“Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?”, jawab Akob mengelak.

“Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai


nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas”, kata isteri Akob.

“Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas”, jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya “Awak minta tolong pada siapa…?”.

“Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat”.

“Apa syaratnya?”, tanya Akob ingin tahu.

“Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya”.

” Jadi awak buat roti apa untuk dia?”, tanya Akob.

“Buat roti…?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke…?!!!”





*entry lama bertarikh 8 june 2011

24 comments:

  1. haha . adoiyaii . ape pun tak boleh .;p

    ReplyDelete
  2. kihkihkih haruan tol!!!

    ReplyDelete
  3. follow awak.. bgus entry ni... biar buat orang terasa.. hahah

    ReplyDelete
  4. padan muka kat suami dia...hahahahaha

    ReplyDelete
  5. wahhhhh bgus bini dy...
    heeeeeee~

    ReplyDelete
  6. ala bini die gurau je.taklah betul2 ye dak.. heheh

    Entry paling basah

    ReplyDelete
  7. kahkahkah!!!
    dan muke husband die..
    tu la..xmo tlg wife die ag..

    ReplyDelete
  8. kannn akobb..dh tk reti nk jawab hape....
    kuikui :)
    tumbss up to akob wifeeeyyy...hikhikhik
    ~suka entry kamu ini ;)

    ReplyDelete
  9. mmg layak jadi laki bini. HAHAHA

    ReplyDelete
  10. kena buat semua pn sendiri.. patutla tangan kasar mcm jantan..kalau la ada encik laki wat tempat bermanja..heee tapi tula 'kedai roti' aku takde 'kedai khidmat sosial' pun aku takde..mcm mane? kihkih

    ReplyDelete
  11. so isterinya ambik keputusan untuk...kahkahkah

    ReplyDelete
  12. haha , sengal . padan muka suami dia tuu

    ReplyDelete
  13. laki aku pn gitu,jenis pmalas nk tukang2 paip cuci tngan trcabut pn uat don know ,suis pluck rosak dn uat power trip pn uat don know,tu krja pompuan ke,dh tntu krja doran msti baiki,aku lak yg kna mrah ,mcm lah aku yg rosakan,kn anak2 dia.lau ku ikut rsa hti yg pnas cm nk ketuk dgn spaner,,,,,,,,,,hahahah

    ReplyDelete
  14. kesimpulan:akob & bini 2x5=B.E.B.A.L by magic boy

    ReplyDelete

Terima kasih diucapkan kerana sudi meninggalkan jejak dan pendapat.. Maaf sekiranya saya tidak berkesempatan untuk membalas komen