Saturday, May 7, 2011
Di mana nilai cinta itu jika tiada keberanian?
Perasaan cinta yang hadir tidak mengenal siapa.. Jatuh cinta pada seseorang mungkin itu kadang tidak kita minta.. Hadir satu bentuk rasa yang membuak buak di dalam dada seolah satu bebanan yang di tanggung.. Rasa cinta itu begitu dalam dan kita sendiri tidak mampu menidakkan kehadirannya..
Jatuh cinta pada seseorang kadang hanya mengambil masa yang sekejap sahaja.. Kadang seketika membuatkan kita sedar yang kita telah jatuh hati padanya.. Jatuh cinta pada kenalan yang rapat kadang membuatkan hati dan perasaan gundah gulana sepanjang masa.. Membuatkan kita duduk tidak senang dan ingin saja mencari alasan untuk sentiasa bersama..
Dan kerana ada perasaan aneh bila betentang mata.. Jantung berdegup kencang seolah baru sahaja berlari sepuas puas.. Rasa berdebar seakan jantung tidak tahu bergerak perlahan lahan..
Dan dalam meniti hari hari yang berlalu seakan pelangi senja berlabuh menghiasi bumi hijau.. Riang rasanya hati dapat berdampingi dan bersama sama.. Perbagal alasan di buat buat untuk selalu bersama.. Kadang merimaskan dia..
Adakah perlu ada satu kekuatan untuk meluahkan rasa itu? Adakah perlu untuk nyatakan perasaan cinta yang hadir.. Inilah persoalannya..
Ramai yang merasakan malu akan diri sendiri memperjuangkan rasa yang hadir untuk dinyatakan pada insan yang dirasakan cinta itu.. Mungkin kerana belum ada satu azam yang kuat dalam diri mnejelaskan apa yang dipendam..
Mengapa harus takut dan segan pada satu hakikat rasa cinta yang membara? Mengapa harus di sisihkan nilai harganya perasaan yang suci itu dan terus memendam rasa di dada..
Jangan terus menipu diri sendiri sedangkan hari harimu didalam bayangan si dia yang terus menjelma.. Beranikan diri sendiri dalam mencari cinta hidup kamu..
Memang menyakitkan hati dan memedihkan perasaan bila cinta yang di hadir di tolak oleh seseorang.. Namun lebih menyakitkan hati dan lebih memedihkan perasaan bila apa yang di rasakan cinta itu, tiada kekuatan akan diri menyatakan cinta padanya
Perjalanan hidup kita masih jauh dan panjang.. Perlukan keberanian untuk memperjuangkan cinta yang hadir itu.. Dan jika tidak dihargai dan di tolak, sekurang kurangnya kita masih ada maruah yang tinggi.. Mempunyai kekuatan bukan dayus yang ada..
Lebih baik kita berterus terang dari memendam rasa yang semakin hari kita rasakan semakin sakit di dalam dada.. Memendam rasa seakan tiada siapa yang mengerti soal hati.. Padahal diri sendiri tiada kasih pada hati, menyalahkan keadaan mengapa cinta tiada..
Nyatakan cinta itu apabila kamu pasti rasa yang hadir adalah cinta dan bukan bisikkan nafsu yang mengoda.. Dan nyatakan cinta itu jua apabila kamu yakin dan pasti kamu telah melakukan beberapa langkah dalam mengenal pasti hati budi si dia..
Tunggu entry seterusnya bila, dimana masa dan waktunya yang tepat untuk berkata Aku cinta padamu..
gary pun dulu camtu.. suka tapi malu sangat nak cakap...
ReplyDeleteat the end, pmpuan tu dulu yang terpakse ngaku yang dia suka kat gary.. rupanya gary x bertepuk sebelah tangan..
memang sakit la masa pendam tu...tapi lebih takut akan sakit kalau kena tolak...
alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang.. 19 mei dah genap 2 tahun kami sama2.. doakan kami kekal okeh?
anyway, nice entri..
malu tp mahu kn ? sy xmalu n xmahu .. cmne nk tw lki tu suk adese kite ??adeshh
ReplyDeletebiasa la tu..
ReplyDeleteapa yang kita buat mesti ada keberanian..
dalam cinta memang perlukan keberanian..
so kalau dah berpunya..
hargai lah si dia tu elok elok..
jangan jadi macam kecik ni..
haha..
a good statement..
new follower..
hee.kalau malu melepas la kn.tp nk cari kekuatan tu susah lor...apa pendapat angah kalau zaman sekarang ni perempuan yg mulakan dulu..?jeng jeng jeng...leh wt tajuk enrty baru kot..kn kn kn...?=)
ReplyDeleteangah, camne kalau bercinta hampir 3 tahun, tapi dia tidak mahu/ tidak berani berjumpe keluarga si wanita itu? adekah tu pun dikire keberanian dlm bercinta?
ReplyDelete@Chempaka Sari ha bahaya tu.. mcm tk bersungguh je.. huhu...
ReplyDelete@Qaseh Qistina idea yang menarik.. huhu.. nak kena interbiuw org berpnaglaman neh.. hoho
ReplyDeletesure ke? adekah lelaki tu tak bersungguh even dia menyatakan bahawa dia benar2 menyayangi n menyintai wanita itu?
ReplyDeleteWah ramai juga dalam blog ni yg masuk....
ReplyDeletehehe..haa..angah kena cari org yg berpengalaman.p intebiu..tp qaseh xdak pengalaman lagi...=)
ReplyDeletepeace~~
tapi bila terjadi sesuatu keberanian itu hilang..mungkin terlalu ramai yang diungkapkan cinta sampai menjerat diri..hmm..sebenarnya tak salah mencuba untuk memberitahu isi hati yang terpendam..
ReplyDeletesakit bila kita tahu rupanya orang yang kita suka tu rupanya suka kat kita jugak.and bila tahu tentang hal ni,masing-masing dah ada pasangan..=)
ReplyDelete@Chempaka Sari dia ada alasan kenapa belum jumpa keluarga.. tnya la lelaki tu.. pe alasan dia.. nt inbox..
ReplyDeleteangah, give me ur emel buleh?
ReplyDelete@Chempaka Sari romrems@gmail.com
ReplyDeletei will emel u..
ReplyDeleteangah ,saya da jd perigi cr timba..sy ngaku sy suka kt dy.. tp smpi skang no respon...heheh
ReplyDelete