
Buat rindu yang masih tiada henti.. Rasa rindu yang kadang kadang rasa sebak dan pedih.. Merindui seseorang yang entah di mana.. Merindui kenangan lalu yang tak mungkin lagi bersama.. Merindui sejarah silam yang dulu amat manis dikenang..
Jauh itu ada ruang yang memisah.. Jauh itu ada dua hati yang terpisah.. Apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..
Dan rindu itu membuatkan anda tidak dapat mengawal perasaan.. Setiap saat mengingati si dia.. Bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga.. Apapun yang dipandang akan mengingati pada si dia.. Ingin sekali anda melihat wajahnya..
Dan rindu tidak seharusnya cinta.. Dan selalunya bila cinta pasti merindui..
Hadirmu bagai suria pagi
Sinarnya lembut memamah embun
Tatkala terik ia bagaikan membakar api asmara
Yang bergelora di dada
Kasihku padamu selembut bayu petang
Yang mengetar di jiwa
Rinduku padamu bagai garis-garis senja
Yang tak sabar menanti bulan melimpahi cahayanya
Ke dalam Lautan Cinta kita berdua
Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy p0wn begitu..
ReplyDeletesedih!!!cm kene jek..:((
ReplyDeletemerindui sesutu yang bukan lagi milik kita, amt2 menyakitkan...
ReplyDeleterindu pada org yg tak merindui kite.. ianya sakit. sakit sangat. susah untuk diubati.. :(
ReplyDeleteMENHN RSA RINDU PDA ORY YG XPERNH MENHU tentg hati nie..mbuatkan hati jdik terseksa
ReplyDelete