
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda
* entry neh bukan dari aku.. aku tak reti nak post link mcm depa duk buat tue.. so copy paste sebab ayat dia memang best.. nanti nak balas balek andai perempuan itu tahu lak.. hoho
wow.. so kretif n memahami..
ReplyDeleteagree wth all that, its tru guys..! so kaum adam sekalian bacalah coretan d ats, fahamilah org d sisi anda, sayangilah dia seadanya...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete:) menarik.
ReplyDelete100% agree...!!!! ^^.. seandainya lelaki tahu.. huhu..
ReplyDeletesaydaa like this
ReplyDeletelike it..^_^
ReplyDeleteklulah cmua lali tw........hmmm
ReplyDeletehargailah wanita yang menghargai anda
ReplyDeletethankssss all :P
ReplyDeletenice one...hargai org yg kte syg sblm terlambat..:)
ReplyDeletethat is soo truee...but he never know all that..
ReplyDeletesedih. tapi takpa,move on.. :)
angah. nak copy nh bole? wat kat blog saye. :)
ReplyDeletenice one...
ReplyDeletedamn sweet!! like like like..<3
ReplyDeleteright! !
ReplyDeletesumew bt0wl. .
tpy xley nux c0py la. . .
copy yewr angah.. nk2 suke2... =)
ReplyDeleteabsolutely right....
ReplyDeletenice!
ReplyDeletenk sahre..heheh
ReplyDeletehehe best andai owg yg perlu tahu tu baca mesti bestlah:p
ReplyDeletesgt2 stuju...andai sume lelaki thu, xkan adanya lg hty perempuan yg terluka..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice~~^^
ReplyDeletehebat bah...kesian suami dia..hahah
ReplyDeletemintak izin share ek
ReplyDeletemintak izin share n post kt my Blog ek
ReplyDeletemohon share yerr.tqvm
ReplyDeleteindahnya kata-kata nie
ReplyDelete..mtx share.. =(
ReplyDeleteandai lelaki tahu...
ReplyDeletehmm...p lelaki xpnah nk amik tahu
Wahh...terBaikk punya!!
ReplyDeletenk share gak ea... :)
ReplyDeletehmmm...
ReplyDelete:'(
nk share juge ea :)
ReplyDeletewaaaaa.......toll3....hummm... :'( .....
ReplyDelete